Pakej Percutian Padang mengajak anda khususnya bagi pelancong dari Negeri Jiran, Malaysia untuk mengeksplore keindahan alam dan budaya Sumatera Barat.

Mengambil Pakej Percutian Padang bersama kami adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Sumatera Barat ialah provinsi di Indonesia dimana dataran tinggi yang subur mengelilingi gunung berapi yang dikelilingi hutan, air terjun mengalir ke jurang – jurang yang dalam. Alamnya yang masih begitu asri membuat anda ingin menghela napas dalam – dalam.

Begitu pun dengan kulinernya. Sumatera Barat terkenal dengan masakannya seperti rendang, soto, Sate Padang, itiak lado hijau, tambunsu, sate Padang dan banyak lagi yang terdapat di seluruh kota besar di Indonesia bahkan hingga Malaysia.

Dalam Pakej Percutian Padang ini, anda akan diajak mengunjungi tempat – tempat menarik di Padang dan Bukitinggi.

Antara yang popular ialah Taman Panorama Ngarai Sianok, Lobang Jepun, Lembah Harau, Air Terjun Lembah Anai dan Pantai Air Manis dengan kisah Malin Kundangnya dan banyak lagi tempat – tempat menarik lainnya.

Liburan anda ke negeri di Sumatera Barat ini akan membuat anda kagum, betapa walaupun terpisah jauh merentas Selata Melaka, persamaan budaya ternyata mengikat kita sebagai saudara serumpun.

Itinerary Pakej Percutian Padang 3D2N 2020

Hari Pertama

Hari Pertama : Airport – Lembah Anai – Lembah Harau – Bukittinggi (MT – MM)

  1. Ketibaan di Lapangan Antarabangsa Minangkabau dan disambut oleh tim Jelajah Sumbar
  2. Bertolak ke Bukittinggi
  3. Tempat menarik yang akan dilawati hari ini:
  • Air Terjun Lembah Anai
  • Minang Village
  • Desa Pandai Sikek
  • Puncak Lawang (jika waktu memungkinkan)
  • Pusat oleh – oleh
  1. Makan tengahari dan makan malam di restoran halal tempatan
  2. Daftar masuk ke hotel di Bukittinggi
  3. Aktiviti Bebas

Hari Kedua : Bukittinggi City Tour – Lembah Harau – Padang (SP – MT – MM)

  1. Sarapan pagi di hotel dan check out
  2. Tempat menarik yang akan dilawati hari ini :
  • Bukittinggi City Tour (Taman Panorama dan Ngarai Sianok, Jam Gadang dan Pasar Atas)
  • Lembah Harau
  • Nagari Pariangan/Danau Singkarak
  1. Makan tengahari dan makan malam di restoran halal tempatan
  2. Daftar masuk ke hotel di Padang
  3. Aktiviti Bebas

Hari Ketiga : Padang City Tour (SP – MS)

  1. Sarapan di hotel dan check out
  2. Tempat menarik yang akan dilawati hari ini:
  • Padang City Tour (Masjid Raya Sumatera Barat, Jembatan Siti Nurbaya dan Sungai Batang Arau, Pantai Padang, Taman IORA)
  1. Makan tengahari di restoran halalan tempatan
  2. Perjalanan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk pulang ke Malaysia
  3. Tour selesai

Note : Itinerary bisa saja berubah menyesuaikan dengan situasi dan kondisi pada saat pelaksanaan tour seperti cuaca, bencana alam, situasi lalu lintas dan hal lainnya diluar kuasa manusia.

Agar tour ini terlaksana dengan baik, ambilah tiket penerbangan pagi menuju Padang dan penerbangan malam untuk kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia

 

 Harga Pakej Percutian Padang 3D2N 2020

 

Class Hotel Name  2 – 4 ADT  5 – 9 ADT  10 – 12 ADT  13 – 20 ADT  21 Up
Twin Sharing
Tourist Class (*2) Bukittinggi : Royal Denai View/Mersi/Bunda or similar  RM   610  RM        515  RM        425  RM        420  RM    390
Padang : Sofyan Inn/Bunda/D’Have or similar
Medium Class (*3) Bukittinggi : Royal Denai/Campago/Grand Bunda or similar   + RM 86 per pax
Padang : Daima/Ibis/Fave or similar
Deluxe Class (*4) Bukittinggi : Grand Royal Denai/Novotel/Grand Rocky   + RM 130 per pax
Padang : Grand Inna Muara/Grand Zuri/Rocky Plasa or similar

 

Kumpulan anda sedikit orang je? Cuba ikut Open Trip Padang sahaja, harga mulai dari RM 450. Anda akan bergabung dengan peserta yang lain. Liburan di Sumbar pun akan tambah seru karena akan ada rekan baru dan cerita baru.

 

Kenapa Harus Memilih Pakej Percutian Padang Bersama Jelajah Sumbar

  • Jelajah Sumbar adalah syarikat pelancongan di Sumatera Barat yang terdaftar resmi oleh Kementerian Pariwisata dengan Nomor Pendaftaran Usaha Pariwisata 556.2/13/DPMPTSPPTK-BKT/JPW/2017 dan diurus oleh orang ahli yang berpengalaman
  • Hotel Selesa, menggunakan hotel minimal 2 bintang dengan ruang salat yang mencukupi
  • Harga Menarik, harga di bawah pasaran Malaysia dan tiada bayaran tersembunyi
  • Jadual Fleksibel, ubah jadual anda mengikuti keperluan dan bujet anda

 

Berminat Untuk Tempahan ?

Anda hanya perlu mengirimkan pesan via whatsapp mengenai jumlah hari tour, jumlah peserta dan rencana tanggal dilaksanakannya tour kepada contact person kami. Dan kami akan kirimkan butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

 

Contact Person

Uda Rangga +628520473373

Uda Catur +628977257136

[email protected]

 

Informasi Jadual Penerbangan Kuala Lumpur – Padang

Saat ini terdapat penerbangan langsung dari Kuala Lumpur menuju Padang dan sebaliknya yang dilayani oleh Air Asia. Tiket penerbangan Air Asia Kuala Lumpur – Padang berharga lebih kurang RM 300 termasuk tax. Boleh dapat lebih murah kalau anda plan dan beli awal.

Perjalanan dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau hanya mengambil masa 1 jam sahaja

 

Penerbangan Kuala Lumpur – Padang

  • Air Asia, 07.20 – 07.35
  • Air Asia, 11.10 – 11.35
  • Air Asia, 15.30 – 15.45

 

Penerbangan Padang  – Kuala Lumpur

  • Air Asia, 08.00 – 09.55
  • Air Asia, 11.50 – 13.55
  • Air Asia, 16.10 – 18.20

Note : Jadual bisa saja berubah sesuai dengan kebijakan dari maskapai. Untuk informasi yang lebih akurat silahkan klik Google Flight atau langsung ke website Air Asia.

 

Informasi Tempat Wisata Sumatera Barat

  • Air Terjun Lembah Anai

Saat menuju Bukittinggi, kita akan singgah di air terjun ini. Anda tak payah untuk trekking untuk menyaksikan air terjun yang sumber airnya berasal dari Gunung Singgalang ini. Terdapat sebuah mitos iatu kalau selalu basuh muka guna air di Lembah Anai ni boleh awet muda.

 

  • Minang Village

Di obyek wisata ini, anda berpeluang untuk cuba pakaian tradisional Minangkabau yang dipakai oleh pengantin Minang. Memang cantik – cantic bajunya, meriah betul!

Sewa baju tradisional Minangkabau disini hanya dikenakan Rp 25.000 (RM 7). Ada photographer yang boleh tolong ambilkan gambar. Jika suka dengan hasilnya, anda bisa membeli foto langsung cetaknya.

Kalau taknak sewa baju pun takpe. Boleh ambil gambar di sekitar Minang Village ni. Tapi rugulah kalau dah sampai dan tak melaram dengan baju Minangkabau (baju suntiang Minang)

 

  • Desa Pandai Sikek

Ialah sebuah desa di kaki Gunung Singgalang dimana kebanyakan penduduk disini sangat mahir bertukang dan menenun kain songket. Ada juga terdapat pelbagai jenis rekaan kain sulaman untuk dijual.

 

  • Istana Pagaruyung

Berada di Batusangkar, Kabupaten Tanah Datar. Rumah gadang yang besar itu dibina pada abad ke-17. Bangunan tiga tingkat itu menggunakan 26 tan kayu dilengkapi barangan antik budaya dan kerajaan Minangkabau pada masa lalu.

  • Lubang Jepun

Lubang Jepang iaitu terowong bawah tanah dibina pada zaman pendudukan Jepun di Indonesia.

Terowong itu terletak betul-betul di bawah bandar Bukit Tinggi. Ia menjadi tempat logistik tentera Jepun. Di situlah pejabat, stor barang, stor senjata, pusat tahanan dan tempat kediaman mereka.

 

  • Jam Gadang

Menara Jam Gadang terletak di tengah – tengah bandar Bukit Tinggi turut menjadi mercu tanda kota itu.

Menara setinggi 36 meter itu baru siap dibuat pengubahsuaian dan sangat popular dalam kalangan pelancong.

 

  • Masjid Raya Sumatera Barat

Masjid ini sangatlah besar, mempunyai 3 tingkat dan bumbungnya berbentuk seperti atap Rumah Gadang.

Perincian masjid ini mempunyai unsur Timur Tengah, serta diukir 99 nama Allah pada dinding bangunannya.

 

  • Kota Tua Padang

Kota Tua di Indonesia tidak hanya ada di Jakarta dan Bandung sahaja. Di Padang pun juga ada. Kota Tua Padang merupakan bandar – bandar kecil yang dibina semasa zaman penjajahan pada zaman dahulu. Jadi yang dapat kita lihat sekarang adalah bekas – bekas binaan bangunan mereka yang ada unsur arsitektur khas Belanda. Semacam di Melaka dan Penang di Malaysia.

 

  • Sungai Batang Arau

Di sungai ini banyak deretan sampan dan bot – bot kecil disediakan di situ, bagi pelancong yang ingin ke pulau – pulau berhampiran Kota Padang.

 

  • Jambatan Siti Nurbaya

Jambatan ini menghubungkan darat di antara Sungai Batang Arau. Siti Nurbaya adalah nama dalam sebuah karya legenda di Padang. Kisah tentang percintaan antara seorang gadis bernama Siti Nurbaya & seorang pemuda bernama Samsul Bahri, akhirnya terlerai disebabkan jodohnya yang telah ditentukan oleh orang tua.

Jambatan yang memiliki panjang 156 meter ini semakin cantik jika dikunjungi pada malam hari karena dihiasi lampu malam yang berpendaran.

Di sekitar jambatan ini, anda juga boleh menikmati makanan seperti pisang bakar, jagung bakar dan Sate Padang.

 

  • Pantai Air Manis

Jika di Malaysia terkenal dengan kisah Si Tanggang, di Padang ada kisah Malin Kundang. Kisah seorang anak derhaka pada ibunya, lalu disumpah menjadi batu. Dan batu Malin Kundang ini boleh dilihat di Pantai Air Manis.

Untuk ke lokasi batu Malin Kundang, anda boleh untuk berjalan kaki sahaja ataupun sewa ATV disitu. 1 jam = Rp 50.000 (RM 15)

 

  • Pantai Padang

 

Pantai Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik)

Saat ini dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh Pemerintah Kota Padang untuk memajukan Pantai Padang sebagai kawasan pelancongan. Hasilnya seperti bisa dilihat saat ini, sudah selesa dan cantik.

Ada banyak gerai jajanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana seperti lankitang dan pensi.

 

Cuisine

Dalam Pakej Percutian Padang ini, kami juga mengajak anda untuk mencicipi berbagai variasi kuliner khas Minang diantaranya

  • Nasi Padang

Hidangan Nasi Padang merangkumi pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan dalam pinggan – pinggan kecil. Antara menu yang berbaloi dicuba termasuklah dendeng, rendang, ayam cabai ijo, kepala kakap, pucuak ubi, gado – gado dan udang berlado.

Biasanya pelanggan akan dikenakan caj hanya untuk lauk yang dimakan saja, walaupun sedikit. Namun dengan pakej ini anda tak perlu risau. Sebab apa yang dihidang di atas meja anda boleh dimakan sesuka hati.

 

  • Ikan Bakar Khatib Sulaiman

Lokasi resto ini berada di tepi Pantai Padang, menyediakan beragam jenis ikan bakar yang rasanya tentu sedap. Setiap tamu kami akan mendapatkan seporsi ikan bakar lengkap dengan sayuran.

 

  • Bika Talago

Nikmat disantap saat panas, terdiri dari tepung ketan yang dicampur dengan gula dan kelapa. Terdapat dua variasi iatu original dan pisang. Sambil menyantap bika, anda juga bisa menyaksikan keindahan Gunung Marapi dari sini.

  • Ikan Bakar Situjuah

Kalau di Ikan Bakar Khatib Sulaiman anda disuguhkan ikan laut bakar, disini anda akan disajikan ikan tawar bakar seperti ikan gurami. Jangan lupa untuk mencicipi pongek khas Situjuah

 

  • Sate Padang

Siapa yang tak kenal dengan Sate Padang? Rasanya tak perlu dijelaskan lagi, sudah terbayang kelezatannya. Mesti sedap.

Contact Person

Jika anda tertarik untuk mengikuti Pakej Percutian Padang silahkan hubungi nomor admin kami di bawah ini

Uda Rangga : WA 0852-2047-3373

Uda Catur : WA 0897-7257-136

Atau bisa juga melalui email [email protected]

Insya Allah, kami akan merespon permintaan anda dengan cepat.

pakej percutian padang 3d2n

Tour Reviews

There are no reviews yet.

Leave a Review

Rating

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.